Perkongsian Dr Ali As-Sobuni

Selasa, 18 Disember 2012



Tidak ingin bercerita panjang. Rangka kerja beliau dalam memberi penerangan berkaitan isu Syria. Isu yang tidak mendapat liputan meluas. Andai dapat liputan tentu diputar belit. Pejuang dikatakan pemberontak. Tidak tahu beza agaknya mereka ini antara pejuang dan pemberontak.

Perlu masuk tadika semula, mungkin?

Tengok muka beliau sejuk mata memandang.

Cuma ini yang ingin diceritakan, ada beberapa nasihat baik dari beliau yang boleh dikongsikan.
Beliau pesan diakhir program kepada hadirin.

“ jika kamu ingin tidur maka tidurlah terus kerana saya ingin bercakap dengan orang HIDUP sahaja”

Mendalam maksud syekh jika kita fikirkan. Hidup itu bukan sekadar bernyawa, tarik nafas buang nafas. Tetapi hidup yang sebenarnya adalah hidup yang sebenarnya, hidup jiwanya, merdeka jiwanya, berjalan fikirannya

Orang yang hidup, dia tahu apa yang perlu lakukan. Dia melihat saudaranya ditimpa kesusahan dia akan membantu. Dia berjumpa saudaranya, dia akan bertegur sapa. Bukannya membuat tidak tahu.

Orang yang hidup bukan sekadar menjadi pendengar setia tetapi dia berfikir apa yang perlu dilakukan. Dia merancang sesuatu untuk dilaksanakan. Apa sahaja kelebihan yang dia punyai, semuanya disumbangkan untuk ummah.

Rugi menjadi pendengar yang tidak berfikir untuk melakukan sesuatu. Sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Bak kata Dr Thariq Ramadhan “ Don’t clap your, do something”. Orang yang hidup akan melakukan sesuatu. Ada orang yang mati membuat kerja?

Teringat pesan beliau lagi, “Malaysia akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi, maka pilihlah pemimpin yang alim dalam kalangan kamu. Janganlah kamu mengkhianati Allah”. Kempen sedikit, siapa yang belum daftar undi sila berbuat demikian jika boleh.

Ada lagi nasihat bermakna tetapi cukup satu buat hari ini.

Yang diatas hanya tafsiran diri sendiri. Nota fikir untuk zikir.

p/s : nota ringkas ucapan beliau ada disini. link dan link

 nota lama syria, masih segar di hati



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...